Lori 10 tan hilang kawalan, rempuh 11 kereta hingga remuk & rosak teruk

Oleh: Shasha Zack

Sebuah lori 10 merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar.

Masalah brek

Lori tersebut yang membawa muatan kertas gulung dianggarkan 8 tan dipercayai mengalami masalah brek sehingga hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar deretan kereta di lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian pada 5.50 petang itu berlaku apabila lori terbabit, yang dipandu seorang lelaki berumur 26 tahun dan dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Beranang, Selangor.

 

@sazrulyorich Kemalangan di Nilai 29/4/22. #tiktok #fyp #foryoupage ♬ original sound - Ikmal Alif

Ada yang cedera

Menurut Mohd Fazley, hanya seorang pemandu kereta mengalami kecederaan ringan dengan luka di kepala sementara yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Hasil ujian air kencing pemandu lori didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen