Jasad mendiang Nagaenthran Dharmalingam, yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Singapura selamat disemadikan pada 5 petang di Krematorium Buntong, Jalan Madras, semalam.
Jasad yang tiba kira-kira 4 petang dibawa dari rumahnya di Taman Indah Tanjung Rambutan.
Semua meraung, bagai tak percaya anak dah tiada
Apa yang membuatkan ramai menitis air mata, seluruh ahli keluarga meraung tatkala melihat jasad Nagaenthran menyebabkan pekarangan krematorium diselubungi hiba.
Ahli keluarga yang hadir memberikan penghormatan terakhir serta meletak bunga pada mendiang dalam upacara keagamaan berlangsung selama satu jam itu.
@muthamilmalaysia Nagenthiran final journey. Ohm 🙏 May your soul rest in peace brother 🙏
♬ original sound - muthamilmalaysia
Dijatuhkan hukuman madi kerana edar dadah
Untuk rekod, hukuman mati ke atas Nagaenthran, 34, dilaksanakan di Singapura selepas rayuan ibunya ditolak.
Nagaenthran yang mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura dijatuhi hukuman mati pada 2010 yang sepatutnya djalankan pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan.
Tinggalkan Komen