Niat awal nak bergambar je, suami isteri terharu budak kecil siap doakan sekali

 

Jika anda mengenali  Yaya, dahulu sosok ini pernah menjadi perhatian warganet kerana kepetahannya bercakap sewaktu membuat 'live' atau video bersama ibu ayahnya.

Dalam diam, rupanya ramai menyimpan hasrat agar dikurniakan anak seperti Yaya yang sangat lemah lembut dan bijak.

Suami isteri teruja jumpa Yaya

Menerusi perkongsian terbaharu bapanya, suatu hari dia dan Yaya telah didatangi oleh sepasang suami isteri sewaktu sedang berjalan di pasaraya.

 

 

Sang isteri akui berkenan dan minat akan kanak-kanak itu selain memberitahu bahawa anak mereka telah meninggal dunia.

Berita duka itu kemudian dimaklumkan pula kepada Yaya dan reaksi anak kecil itu sangat menyentuh emosi rata-rata warganet.

Doa anak kecil buat ramai sebak

Sejurusnya mengetahui akan hal itu, Yaya lantas mengangkat tangan menitipkan doa buat kedua pasangan berkenaan agar mereka dikurniakan rezeki (anak) lagi.

 

 

Sungguh tidak menyangka anak kecil itu mempunyai sebentuk hati yang sangat tulus hingga secara tak sedar mampu membuatkan orang dewasa seperti kita mengalirkan air mata.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen