Tengah ziarah kubur, satu keluarga dirompak! Cermin pecah gara2 tinggal beg dalam kereta

Oleh: Shasha Zack

Satu keluarga panik dan terkejut apabila mereka pulang dari menziarah kubur dan mendapati kereta yang dinaiki telah dirompak.

Kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang itu memperlihatkan cermin salah satu kereta mereka telah dipecahkan.

Sebab tinggal beg dalam kereta...

Mangsa dipercayai tak sengaja meninggalkan beg tangan di dalam kereta membuatkan 'perompak' yang dari awal memerhatikan, segera bertindak apabila mereka telah ke pusara.

Saat mereka kembali semula, masing-masing trauma dan terkilan apabila didapati cermin kereta telah pecah malah pintu kereta juga telah terbuka..

 

 

"Dokumen penting hilang, cash RM8000 lesap..."

 

"Walau takde duit dalam beg, janganla tinggal beg dalam kereta.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati di samping pendpaat mereka bahawa barang berharga sememangnya dilarang keras untuk ditinggalkan dalam kereta.

Hal ini boleh menarik penjenayah untuk 'menjalankan' kerja mereka di samping mengancam keselamatan juga.

"Sebabtu kalau nak tinggal beg. letak bawah alas kaki..."

"Jangan tinggal barang berharga dalam kereta..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen