Suami 'pergi' sehari sebelum ulang tahun, isteri sebak terima jambangan bunga terakhir dari arwah

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehilangan insan yang tersayang pastinya sangat berat untuk diterima, namun perlu reda akan pemergiannya yang sudah tertulis.

Akan tetapi, segala kenangan pastinya akan tersimpan serta dibawa hingga ke akhir hayat.

Jambangan bunga terakhir dari suami.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Wan G Shuhaimi ini apabila memuat naik akan seorang isteri yang menerima jambangan terakhir dari arwah suaminya.

Menurut, Wan G Shuhaimi, suami wanita berkenaan itu telah pergi sehari sebelum ulang tahun kelahiran isteri tercinta.

@wangshuhaimi #CapCut ♬ original sound - Wan G Shuhaimi

Bagai sudah bersedia untuk pergi, arwah menyediakan kejutan terakhir buat isterinya dengan meminta jambangan bunga mawar berwarna kuning.

Dalam video tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan seakan tidak percaya kejutan tersebut dari arwah suaminya malah terlihat menangis ketika menerima jambangan bunga itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut. Malah memuji bahawa arwah merupakan seorang suami yang baik kerana memberi kenangan yang indah meskipun telah tiada.

Suami yang baik

Bunga kuning lambang perpisahan

Al-Fatihah untuk arwah

Bertuah dapat suami hebat

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen