Sedar2 kereta berpusing, gadis kongsi pengalaman dilanggar pamandu mengantuk ketika pulang kampung

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini pastinya aliran trafik sesak dari setiap pelusuk lebuh raya memandangkan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri lagi yang bakal tiba.

Dalam teruja pulang ke kampung, pastinya setiap pemandu akan sentiasa berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Dilanggar pemandu mengantuk ketika pulang kampung.

Namun malang tidak berbau, itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fiyna apabila berkongsi kisah menjadi mangsa kemalangan akibat kelalaian orang lain ketika hendak pulang ke kampung pada 28 April lalu.

Menurut gadis berkenaan, dia bersama bapanya dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kelantan bagaimanapun kereta yang baru diambil tiga minggu lalu tiba-tiba berpusing kerana dilanggar pemandu lain.

@cikkening_

5:30 AM (29/4/2022) shah alam otw kelantan☺️

♬ original sound - Fad Anuar

Walau bagaimanapun, Fiyna bersyukur apabila mereka sekeluarga tidak mengalami cedera parah sebaliknya hanya lebam-lebam di badan.

@cikkening_ Reply to @sygsrynn ♬ Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz

Dalam video yang lain, Fiyna memaklumkan keretanya itu dilanggar oleh sebuah kereta berjenama Honda dari arah berlakang dengan kelajuan 200 gara-gara pemandunya terlelap ketika memandu.

Meskipun begitu, bapanya juga meluahkan syukur kerana anak-anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun kereta yang dibeli masih lagi baru.

@cikkening_ Reply to @sygsrynn ♬ Lai Lai Lai - Realkdmusic

Fiyna juga berpesan kepada semua pemandu agar berhati-hati ketika memandu serta berehat jika penat dan mengantuk agar tidak menyusahkan orang lain.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar urusan gadis ini dan keluarganya dipermudahkan.

Malah mereka juga meluahkan rasa syukur apabila semuanya dalam keadaan selamat meskipun baru terlibat dalam kemalangan.

Moga dipermudahkan urusan

Syukur keluarga selamat

Apa jadi Honda tu?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen