Isteri berubah angkara campur tangan keluarga, suami melutut rayu kembali ke pangkuan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Mana-mana hubungan perkahwinan pastinya akan diuji dari pelbagai segi yang kadang kala tidak dijangka oleh setiap orang.

Namun, jika jodoh dan kasih sayang masih kuat, pastinya mereka akan kekal bersama meskipun dugaan mendatang itu sangat mencabar buat mereka.

Isteri benci suami gara-gara orang ketiga.

Seperti yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Iamzyrul ini apabila berkongsi akan kemelut yang dilanda oleh dia dengan isteri tercinta.

Menurut Iamzyrul, selepas tiga bulan dia dan isteri berjauhan, dia gembira apabila melihat wanita yang dicintai itu ada di depan matanya. Namun, keadaan menjadi kecewa apabila isterinya berubah malah membanci dirinya.

@mzlnyzam As'salamualaikum semua, Saya minta doakan semua pengurusan saya dan perjuangan saya sentiasa di permudahkan, Saya terlalu merindukan isteri saya 😭 Janganlah berjalan seperti gunting, Meskipun lurus tapi memisahkan, Tapi berjalanlah dengan jarum, Biarpun menusuk dan menyakitkan tapi dapat menyatukan apa yang sudah terpisah .#fyp #fypシ #foryou #viral #fyptiktokmalaysia🇲🇾 #fypsabah #malaysiatiktok #hargadiri ♬ original sound - iamzyrul

Iamzyrul menyatakan bahawa dia dan isteri tidak berjumpa disebabkan campur tangan keluarga yang membuatkan dia sangat merindui wanita berkenaan.

Tidak sangka semuanya akan jadi seperti ini, Iamzyrul memaklumkan mereka telah bersama sejak zaman sekolah lagi sehingga diijabkabulkan pada tahun lalu.

Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat dia cuba memujuk isterinya yang berada di dalam kereta sekaligus menghalang wanita berkenaan menutup pintu kenderaan berkenaan.

Bukan itu sahaja, Iamzyrul juga lihat sanggup melutut semata-mata ingin memujuk wanita yang dicintai itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati akan nasib lelaki berkenaan. Malah, mereka turut meninggalkan pelbagai tips yang membantu melembutkan hati isterinya itu.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga berharap agar lelaki ini terus kuat dengan dugaan rumah tangga yang terpaksa dilalui itu.

Stay strong bro

Cara lembutkan hati pasangan

Moga dipermudahkan urusan

Jangan dipaksa orang tak sudi

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen