"Blackout sekampung!" - Bakar mercun tak beragak, kabel elektrik meletup hingga semua gelap gelita!

Oleh: Shasha Zack

Tibanya Syawal, pastinya saat untuk semua bergembira meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Di kesempatan itu, ramai yang mengambil peluang untuk bermain mercun bagi memeriahkan suasana raya.

Namun begitu, tular satu video menunjukkan padah bermain mercun hingga sekampung gelap gelita!

Katanya bakar mercun dekat sangat dengan kabel...

Menerusi video yang dikongsikan semua @ohbulan di Tiktok, dipercayai mercun yang dibakar berdekatan dengan kabel elektrik, hingga satu kampung 'blackout'!.

Pada awalnya, suara kemeriahan berlegar-legar di halaman rumah sebelum ianya bertukar hening ketika seluruh kampung menjadi gelap dek kerana meletup sekali bersama mefcun yang dibakar.

 

@ohbulanofficial [AMARAN] Hati-hati main mercun dekat rumah. Lagi lagi dekat dengan cable tu. kalau terbakar habislah. #TikTokOhBulan #fyp #fypシ゚viral #Ohbulan ♬ original sound - Ohbulan

"Blackout terus sekampung.."

Menjengah ke ruangan komen, para netizen memberi respons berbeza-beza melihat apa yang berlaku.

Ada yang terhibur, ada pula yang memberi teguran untuk lebih berhati-hati selepas ini jika ingin bergembira.

"Confirm satu kampung sumpah seranah.."

"Tengok la sekeliling nak bergembira pon.."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen