'Upload' hubungan sulit suami di media sosial, isteri dipukul hingga meninggal dunia

Oleh: Shasha Zack

Gara-gara mendedahkan hubungan sulit suami, seorang wanita maut dipukul sehari sebelum menjelang Aidilfitri tempoh hari.

Kejadian yang berlaku di sebuah rumah flat di Batu 9, Kajang dilaporkan pada jam 9 pagi ketika mangsa yang dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Kajang.

 

Suami sendiri hantar isteri, doktor dapati kecederaan mencurigakan

Menurut Utusan, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan selaku Ketua Polis Daerah Kajang berkata, mangsa yang berumur 28 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dihantar suaminya untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Terdapat kesan lebam pada beberapa anggota mangsa dan didapati kematian yang berlaku sangat mencurigakan hingga pegawai perubatan memutuskan untuk melaporkannya pada pihak polis.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan abdomen disebabkan hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul."

“Siasatan dijalankan mendapati mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.” 

@malaysianupdatenews Salam takziah. Al-fatihah. 😭 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound - Malaysian Update

Suami memang panas baran, tak terima isteri upload hubungan sulit di media sosial

Kata Zaid lagi, suami mangsa yang berusia 38 tahun ditahan atas pertuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek marah dengan mangsa disebabkan mangsa memuat naik dalam media sosial bahawa suspek mempunyai hubungan sulit.

“Kes telah dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwaraya Selangor dan suspek akan dituduh pada 9 Mei ini di Mahkamah Majisret Kajang.” 

Anda masih keseorangan?

1,091,748 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen