Lelaki 'creepy' menyorok dalam almari, wanita tergamam 'check-in' hotel bertukar tragedi!

Oleh: Shasha Zack

Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja menempah masuk ke dalam bilik hotel adalah memeriksa segenap penjuru ruang bagi mengelak pencerobohan.

Namun begitu, malang bagi satu keluarga ini apabila didapati seorang lelaki misteri tiba-tiba memasuki bilik hotelnya di menyorok di dalam almari!.

"Buka almari jumpa orang bukan pakaian!.."

Perkongsian @dobidina di Tiktok meraih perhatian ramai yang seriau melihat lelaki tersebut keluar dari almari pakaian dan berlakon dalam keadaan tenang bagai tidak membuat kesalahan.

Lebih menaikkan darah, lelaki berkenaan kononnya ingin berbincang secara baik dan menyelesaikan salah faham yang berlaku tanpa buat kecoh!

 

@dobidina.hq buka almari jumpa pakaian ❌ buka almari jumpa org ✅ #attanahotels #hotel #kelate #hotelperdanakb #siakapkeli #mstar #fypkelantan #xybzca #raya2022 #penceroboh #viral #fypシ #erafm ♬ original sound - DOBI DINA

"Dah cek CCTV, ada 3 orang terlibat

Menurut penjelasan empunya video, lelaki tersebut dipercayai terlibat dengan urusan langganan perempuan dan berjaya masuk ke dalam bilik menggunakan master card. Menurut rakaman CCTV, ada 3 orang lagi bersama dengannya. 

Difahamkan lelaki berkenaan kini telah berada dalam tahanan polis dan siasatan masih dijalankan.

Check-In Hotel Untuk Rehat, Wanita Terkejut Lelaki Misteri Menyorok Di Almari

"Terus call security, management dan polis.."

Menjengah ke ruangan koemn, rata-rata netizen seram sejuk melihat apa yang berlaku dan menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memeriksa bilik hotel setiap kali menempah masuk.

"Kena selalu cek setiap penjuru bilik hotel.."

"Dia tengah skodeng tu.."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen