Guna duit raya anak beli susu pampers, netizen berdebat pertikai tindakan wanita ini

Pemberian duit raya sewaktu berkunjung ke rumah kenalan bukanlah lagi asing dalam kalangan masyarakat kita.

Malah, sedari dahulu lagi ia telah dilakukan sebagai tanda ingin berkongsi rezeki  dan kebiasaannya tumpuan mereka adalah dalam kalangan kanak-kanak dan juga individu yang masih belajar.

 

Wanita guna duit raya anak beli susu pampers

Namun begitu, timbul isu lain apabila ada pihak ibu bapa menggunakan duit raya yang diperoleh anaknya untuk membeli keperluan seperti susu dan lampin pakai buang.

@princessyaya373 #twins ♬ suara asli - WILFEXBOR

 

"Itukan tanggungjawab ibu bapa"

Ramai mempertikai tindakan wanita berkenaan dengan menegaskan bahawa keperluan anak-anak adalah di bawah tanggungan ibu bapa sendiri dan tidak seharusnya 'menyentuh' bahagian kewangan anak-anak.

"Rasanya tak boleh"

"Kalau terdesak wajib ganti"

"Boleh je, daripada berhutang"

Adapun begitu, sebahagiannya berpendapat tiada kesalahan pun dalam tindakan wanita itu kerana duit tersebut digunakan untuk keperluan anak, bukan sebaliknya.

"Asalkan untuk keperluan anak"

Walau bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut dari pemilik akaun bagi menghentikan andaian warganet berhubung muat naik hantarannya, sama ada ia sekadar 'content' ataupun sebaliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen