Sebab isteri tolak berhubungan, suami berang hempas anak atas jalan hingga maut

Baru-baru ini tular sebuah rakaman menyaksikan tindakan seorang lelaki tanpa pakaian mengejar dan menghempas seorang kanak-kanak dihadapan khalayak.

Video tersebut menjadi bualan bilamana rata-rata netizen tertanya-tanya akan punca kejadian tragis itu.

Berang isteri tolak hubungan intim

Memetik laporan Malaysian Update, kejadian yang berlaku di Filipina itu melibatkan seorang ayah dan anak lelakinya berusia 7 tahun.

 

@malaysianupdatenews Tolak hubungan intim kerana sdg hamil, ayah tergamak hempas anak hingga mati. 😭 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Ya Allah - Wali

 

Difahamkan, ia berpunca apabila isterinya menolak daripada berhubungan intim kerana keadaannya yang sedang hamil.

Bapa rakus hempas anak atas jalan 

Justeru itu, sang suami berang dan bertindak agresif sehingga mengejutkan jiran tetangga yang lain apabila mendapati suspek mengejar anak kandungnya sebelum menghempasnya beberapa kali di atas jalan.

Tambahan pula, sewaktu kejadian suspek disyaki dalam keadaan mabuk.

Budak lelaki dan bapa maut selang sehari 

Sementara itu, kanak-kanak malang itu  dilaporkan meninggal dunia sejurusnya tiba di hospital.

Manakala, bapanya maut sehari lepas kematian anaknya dan menurut pihak polis mendiang telah menghantukkan kepalanya ke dinding sewaktu dalam tahanan .

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen