"Anak ada cakap nak pergi beraya." - Remaja hilang lepas solat Subuh di masjid

Oleh: Shasha Zack

Seorang remaja lelaki, Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16 dilaporkan hilang sejak awal pagi Ahad selepas tidak pulang dari masjid untuk solat Subuh.

Menetap di Blok Purnama, Tasik Height Apartment di Bandar Tasik Selatan remaja, berkenaan tidak pulang selepas ke Masjid Al Muqarrabin untuk menunaikan solat Subuh pada jam 5.45 pagi.

 

"Anak ada cakap nak pergi beraya..."

Menurut ibu, Nuraliana Alias, 38, jarak masjid dari rumah hanya kira-kira 500 meter dan anaknya tidak pernah tak pulang ke rumah.

"Anak ada memaklumkan kepada kami hendak keluar berhari raya bersama kawan-kawannya selepas solat Subuh tetapi sehingga sekarang masih belum pulang."

"Petang hari yang sama, kami sepatutnya menghantarnya pulang semula ke asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya."

 

"Sebelum ni dia takpernah hilang..."

Tambah Nurliana kepada Sinar Harian, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

"Sebelum ini, dia tidak pernah hilang malah dia juga bukan remaja yang suka bersosial." 

"Kami sekeluarga tak tahu di mana dia berada dan bimbang keadaannya. Tolonglah bantu kami dan jasa semua pihak amat dihargai." 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen