Kemalangan tragis, 5 pelajar rentung dalam nahas bersama treler

Oleh: Zuzu Yasmine

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan telah meragut nyawa lima individu di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas membabitkan sebuah kereta yang belum dikenal pasti modelnya bersama dua lori treler masing-masing bermuatan besi dan mozek.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diatur gerakkan ke lokasi dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima jam 12.52 tengah malam tadi.

Jelasnya, nahas membabitkan keseluruhan seramai lapan mangsa dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian dalam keadaan rentung dengan kadar peratusan terbakar sebanyak 90 peratus.

Insiden tersebut menyebabkan kereta dinaiki lima mangsa rentung itu terbakar selain menyebabkan treler bermuatan besi turut terbakar 90 peratus.

"Terdapat lima mangsa di dalam kereta disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital. Kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan.

"Pemandu dua treler serta kelindan yang terbabit dalam nahas ini selamat, dengan treler bermuatan mozek hanya mengalami kemalangan kecil akibat pelanggaran dari arah belakang," katanya.

Untuk makluman, kesemua lima mangsa maut berkenaan adalah pelajar sebuah universiti swasta dinaungi kerajaan negeri di Kuala Kangsar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen