Bercinta setahun rupanya suami orang, ada anak 1, wanita bersemuka, minta maaf pada 'wife'

Oleh: Shasha Zack

Hancur hati seorang wanita apabila ternyata lelaki yang selama ini dikasihi dan dicintai sepenuh hati rupanya suami orang dengan anak satu!.

Itulah kesedihan yang dikongsi seorang wanita yang sebak apabila ditipu hidup-hidup seorang lelaki, yang selama ini dikaguminya.

"Awal2 cakap single, i sendiri jumpa wife dia, kesian wife dia nampak lembut..."

Perkongsian @bellaazalea di Tiktok meraih perhatian ramai yang terkejut dengan kisah sadis wanita ini. Pada awalnya, si lelaki siap mengaku 'single' dan belum berpunya.

Setelah kantoi suami orang dan sudah mempunyai anak satu, wanita ini tidak menunggu lama, siap memberanikan diri bersemuka dengan isteri lelaki berkenaan untuk meminta maaf.

"Kesian kat wife dia, nampak lembut dan penyabar. I dah mintak maaf semua kat wife dia.."

"But at the same time u hancurkan hati i. Setahun tahu tak kita bercinta. Family i semua dah kenal u.."

 

@bellaazalea97 Semoga allah bg i n wife nya kekuatan . Janji2 lelaki semua palsu 😞 lelaki tak guna..u igt i ni apa zaki? #foryoupage #cheater #redha #kuikhlaskan #brokenheart💔 #hatiyangkausakiti #dusta ♬ bunyi asal - SEKEPING HATI YG DISAKITI - Bby_HL vs HP

"I ngan wife dia insyaallah jadi kawan."

Di ruangan komen, wanita ini menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki tersebut kini baik-baik sahaja.

Komen dari netizen pula memuji wanita ini yang bersikap sangat baik hati, rela melepaskan cinta demi tidak merobohkan masjid orang lain.

"Bagus awak sis, sikap terpuji.."

"Baiknya sis tahu laki orang angkat kaki..."

"Good women live with class..."

"Mulia hati awak, moga Allah ganti yang lebih baik..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen