Dah beriya masak tapi kawan2 'cancel last' minit, lelaki senyum tawar tengok makanan 'melimpah'

Oleh: Shasha Zack

Saat menjelang Aidilfitri, pasti banyak jemputan ke rumah terbuka untuk menziarahi keluarga dan sahabat handai demi mengeratkan lagi silaturrahim.

Justeru, tentu tuan rumah berhempas pulas memasak dan mengemas rumah, teruja untuk menyambut tetamu.

"Air mata di sebalik senyuman..."

Berbeza dengan seorang lelaki ini, yang kecewa ketika segala usahanya dalam persiapan menyambut kawan-kawan rupanya hanya sekadar harapan kosong.

Video perkongsian @aiqal di Tiktok menunjukkan rakannya yang hanya tersenyum tawar melihat lambakan makanan yang disediakan, saat kawan-kawan yang lain menmbatalkan kedatangan ke rumahnya.

@haziqlapo

Air mata disebalik senyuman

♬ suara asli - rafaaldiansyah

"Kalau kawan saya buat macamni, kitorang takkan jumpa lagi.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati dengan nasib lelaki tersebut yang telah bersusah payah memasak, namun di 'scam' rakan-rakan sendiri.

Dalam pada itu, ramai yang turut berkongsi kisah sama, pernah diabaikan kawan-kawan yang tiba-tiba membatalkan kedatangan ke rumah terbuka yang dijalankan.

"Alahai auntie tumpang sedih..."

"Saya pon kena jugak, lepasni sumpah malas panggil kawan..."

"Macam saya, jemput kawan perempuan semua tak datang..."

"Kesiannya, kadang takut nak invite orang datang sebab ni..."

Anda masih keseorangan?

1,091,767 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen