Pilu, anak maut digilis treler depan mata ibu ketika pulang sekolah

Oleh: Zuzu Yasmine

Pilu hati seorang ibu apabila anak berusia 10 tahun maut digilis treler selepas motorsikal dibonceng bersama terbabas di jalan Kampung Baru Alma, Bukit Mertajam.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, murid tahun empat maut di lokasi kejadian akibat cedera parah manakala ibunya pula cedera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki dua beranak berkenaan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

"Ketika itu, penunggang motosikal (ibu kepada kanak-kanak perempuan) sempat menyelamatkan diri namun pembonceng (anaknya) digilis sebuah lori (treler) yang datang dari arah sama.

"Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat manakala ibunya dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Beliau berkata, , siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Alma dijemput ibunya untuk pulang ke rumah sebelum mereka terbabit dengan nahas berkenaan.

Sebelum kejadian mangsa dikatakan ceria bersama rakan serta gurunya dalam satu majlis sambutan Aidilfitri di sekolahnya.

Terdahulu tular beberapa keping gambar berhubung kemalangan tragis membabitkan dua beranak itu di media sosial.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen