Siapa sangka, harga minyak petrol di Malaysia antara termurah di dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang menyedari bahawa ketika ini, dunia sedang bergolak dengan pelbagai krisis seperti makanan, petrol, serta ekonomi.

Meskipun begiu, Malaysia merupakan antara 10 buah negara yang menjual petrol dengan harga paling murah di dunia pada kadar 46.6 cents seliter.

Diikuti dengan Venezuela merupakan negara paling murah menawarkan harga petrol kepada 2.2 cents seliter, menurut GlobalPetrolPrices.com.

Manakala harga purata di Indonesia AS$1.136 seliter, Filipina AS$1.50 dan Singapura AS$2.22.

Hong Kong pula merekodkan harga petrol paling mahal kepada AS$2.897 cents seliter

Purata harga petrol di dunia kini sekitar AS$1.36 atau kira-kira RM6 seliter.

Malah, terdapat perbezaan besar dalam harga ini dalam kalangan negara yang mana negara yang lebih kaya mempunyai harga yang lebih tinggi.

Namun ia terkecuali kepada Amerika Syarikat yang merupakan sebuah negara maju tetapi menawarkan harga gas yang rendah.

Manakala negara miskin dan negara yang mengeluarkan dan mengeksport minyak mempunyai harga yang jauh lebih rendah.

Menurut laporan GlobalPetrolPrices.com, perbezaan harga ini disebabkan oleh pelbagai cukai dan subsidi petrol.

Jelasnya, semua negara mempunyai akses kepada harga petroleum yang sama di pasaran antarabangsa cuma cukai yang berbeza. Lantaran itu menyebabkan harga runcit petrol berbeza.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen