Kawan2 tolong ‘promote’, Khairul Aming tengah cari pasangan hidup?

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa saja yang tidak mengenali influencer serta usahawan terkenal, Khairul Aming yang mana kontennya sentiasa ditunggu kaum hawa setiap hari terutama pada bulan Ramadan.

Khairul Aming cari jodoh?

Terbaru, permuda berusia 29 tahun itu berkongsi maklumat dirinya di ruangan kapsyen Instagram miliknya membuatkan ramai melakukan andaian bahawa influencer berkenaan sedang mencari pasangan hidup.

Kawan tolong 'promote'

Bukan itu sahaja, rakan-rakan baik Khairul Aming juga dilihat turut memuat naik gambarnya di akaun Twitter mencari pasangan sehingga ia tular dan mendapat perhatian ribuan warganet.

Nampaknya, perkongsian tersebut mendapat respon yang baik dari warganet sehingga ramai yang mahu mencuba nasib menjadi calon pasangan kepada personaliti media sosial itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada itu sekadar gurauan bersama rakan-rakannya atau sememangnya serius memandangkan dirinya ketika ini sedang bercuti di Pulau Pinang.

Tapi tak salah kalau yang 'single' nak mencuba, kan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen