"Saya sentiasa utamakan menjadi guru, menyanyi cuma sampingan." - Cikgu Meera

Oleh: Shasha Zack

Cikgu Meera atau nama sebenarnya Nur Ameera Nabila Azmi, 30 pernah terkenal dahulu dalam video nyanyian di Smule pada 2016. 

Selepas itu, pada 2017, dia mengeluarkan single pertama bertajuk Oh Sayangku dan popular dengan lagu yang dicipta oleh Eddie Hamid itu.

Cikgu Meera Apa salahnya mencuba

 

Mula aktif sejak 2013, ketika di IPGM

Menerusi sumber Utusan, Cikfu Meera mula aktif dalam dunia seni sejak dia menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada tahun 2013.

“Saya banyak terlibat dalam membuat persembahan nyanyian dan bersyair ketika itu. Pernah juga menyertai pertandingan syair antarabangsa di Indonesia. Selain itu, saya juga aktif menyanyi dalam aplikasi Smule yang dulu digilai remaja.

“Kini, saya bekerja sebagai seorang guru pendidikan muzik di sekolah. Fokus utama saya semestinya untuk menjadi cikgu, penyanyi hanya sampingan. Saya suka mengajar dan menyanyi.” 

Baru-baru ini, Cikgu Meera telah mengeluarkan lagu raya berjudul Tandak Lebaran yang dinyanyikan bersama Hazwan Haziq Rosebi.

Asyik Sungguh Layan Lagu Tandak Lebaran Haziq Rosebi & Cikgu Meera! -

"Seronok buat rakaman lagu..."

Tambah Cikgu Meera, dia sangat seronok berpeluang untuk bergandingan dengan Haziq yang merupakan salah seorang finalis Akademi Fantasia 4.

“Saya rasa seronok bila buat rakaman lagu ini apatah lagi bergandingan dengan Haziq. Walaupun cabarannya saya perlu turun ke Melaka dari Kedah namun, semuanya berjalan lancar. Tambahan Haziq pula seorang yang happening.” 

 

“Terdapat juga unsur nasihat secara am untuk kita semua bagi menyambut hari raya tahun ini. Lagu ini juga ada muzik videonya di laman YouTube Buana Rama Records.”

Tandak Lebaran - Haziq Rosebi & Cikgu Meera - YouTube

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen