Bukak muzik dengan ekzos kuat2 masa berlumba, 9 kereta dicekup pihak berkuasa

Oleh: Shasha Zack

Memetik laporan Kosmo, 9 kenderaan telah ditahan akibat terlibat dengan perlumbaan ‘drag’ dan mengganggu pengguna jalan raya lain.

Sekumpulan individu tersebut ditahan dalam operasi di Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan awal pagi tadi.

Berlumba dari lampu isyarat

Kata Datuk Mohd. Nadzri Hussain selaku Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, operasi yang dijalankan pada jam 1 pagi itu berjaya menahan suspek berusia lingkungan 19 hingga 39 tahun.

“Menerusi operasi terbabit, polis telah mengesan sembilan buah kereta sedang berlumba bermula dari lampu isyarat simpang tiga Persiaran Utama S2/3 sehingga ke lampu isyarat Persiaran S2/B6, berdekatan Mydin Mall, Seremban 2 kemudian berpatah balik dengan beberapa pusingan.

“Kesemua sembilan pemandu lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun telah ditahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki terlibat dalam perlumbaan haram tersebut.”

 

Berluma sambil bukak muzik, ekzos kuat2

Tambah Datuk Mohd Nadzri, pihak mereka menerima laporan sejak 15 Mei lalu di mana kumpulan terbabit berlumba sambil memainkan muzik dan ekzos yang kuat di lokasi itu sehingga mengganggu penduduk di kawasan tersebut.

“Sembilan buah kereta jenis Proton Satria, Proton Saga, Proton Wira, Perodua Myvi, Honda CR-Z dan Honda Civic telah disita. Tangkapan dan sitaan kenderaan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut

“Menerusi operasi itu, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap 38 motosikal dan 14 kereta sebelum mengeluarkan 72 saman membabitkan pelbagai kesalahan.”

Pilih Ekzos Aftermarket Slip-On Atau Full System? - EBidMotor.com 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen