Tumpang tidur rumah mak cik, gadis 15 tahun diperkosa suami ibu saudara

Oleh: Shasha Zack

Malang dan sungguh tak disangka, seorang remaja perempuan telah dirogol suami ibu saudaranya ketika dia menumpang tidur di rumah wanita itu.

Menurut sumber Harian Metro, remaja berusia 15 tahun itu dijaga neneknya sejak setahun lalu selepas berhenti dari sekolah.

Jangan panik! Peguam jenayah ini kongsi perkara yang perlu dilakukan mangsa  rogol

Nenek balik kampung, tidur dengan ibu saudara & 2 sepupu...

Difahamkan, dia terpaksa menumpang tidur di rumah makciknya gara-gara nenek yang pulang ke kampung mereka di Pendang selama dua hari.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah malam itu difahamkan mangsa tidur dalam sebuah bilik bersama ibu saudara dan dua sepupu yang berusia 7 dan 8 tahun.

Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan selaku Ketua Polis Daerah Kuala Muda menyatakan pihak mereka menerima laporan daripada mangsa suspek berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan.

"Selain itu, mangsa juga mendakwa dia tidak berani menjerit kerana ketakutan." 

 Bila nafsu menguasai diri, warga emas rogol OKU hingga mengandung - UtusanTV

Ada kesan tusukan benda tumpul dan koyak.."

Tambah Zaidy lagi, suspek ditahan jam 12.30 tengah malam tadi dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan hasilnya mendapati ada kesan tusukan benda tumpul selain kesan koyak baru pada kemaluannya."

"Anggota forensik turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian." 

Isu haid dan jenaka rogol di sekolah, ramai yang dah mula perasan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen