“Jangan kongsi berita tak sahih, tiada lagi kes cacar monyet di Malaysia...” - KKM

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, tular akan sekeping gambar yang memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia bersama keadaan tangan seolah-olah dijangkiti cacar monyet menjadi kebimbangan ramai.

Susulan dari itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendakwa tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet seperti yang ditularkan di media sosial.

Dalam kenyataan tersebut, KKM memaklumkan sekiranya perkara tersebut benar, kanak-kanak berkenaan perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera,” kata.

Pihak KKM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menularkan berita yang masih belum tahu akan kesahihannya.

“Sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan,” kata KKM.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen