Sakan bertumbuk, sekumpulan pelajar lengkap dengan uniform sekolah rancak 'berpesta'

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video menunjukkan sekumpulan pelajar yang lengkap beruniform sekolah, bergaduh dan bertumbuk sesama mereka.

Susulan itu, menerusi sumber Kosmo, polis daerah Sandakan telah membuka satu kertas siasatan berhubung video pergaduhan ini yang tular di media sosial.

Kat mana ni

Punca sebenar masih dalam siasatan

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya mula mengetahui mengenai video pergaduhan terbabit kira-kira pukul 2 petang semalam selepas ia menjadi tular.

“Video berkenaan menunjukkan pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah."

“Siasatan awal pihaknya mendapati pergaduhan berkenaan berlaku di Jalan Elopura, bandar Sandakan."

“Punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan kita sedang mengenal pasti semua pelajar sekolah yang terlibat.”

Tambah Abd Fuad siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen