4 jam terkandas dalam jem, peniaga kek sedih 20 kek musnah sekelip mata

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, Jambatan Pulau Pinang dikatakan sesak susulan terdapat kemalangan yang membabitkan dua kenderaan hingga mengakibatkan beberapa laluan ditutup.

Susulan itu, ramai yang terkandas malah di jambatan tersebut berjam-jam membuatkan pelbagai urusan tergendala.

Kek rosak kerana sangut dalam jem

Turut menjadi mangsa kesesakan tersebut adalah seorang peniaga kek yang terpaksa mengalami kerugian apabila terkandas selama empat jam di jambatan tersebut.

Berkongsi perkara tersebut di laman Facebook Afifi Fahimi, memaklumkan adiknya reda selepas diduga 20 biji kek jualannya rosak akibat kejadian berkenaan.

Difahamkan, jualan tersebut yang dibuat untuk konvokesyen di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah cair kesemuanya dan tidak dapat dijual.

“Dugaan adik perempuan saya hari ini, terkandas empat jam kerana trafik sesak di Jambatan Pulau Pinang. 20 biji kek jualan untuk konvokesyen USM habis rosak.

“Tetapi dia kental walaupun nampak je mata dia merah nangis dalam kereta tadi. Air mata tu bukan putus asa, tapi itu lah air mata kekuatan cabaran berniaga,” katanya.

Bersimpati akan nasib adiknya itu, perkara itu turut menyentuh hati Afif Fahimi apabila kerja keras adiknya itu tidak menjadi seperti direncanakan.

“Kesian juga apabila lihat usaha adik perempuan saya macam itu, tetapi saya percaya bahawa setiap kejayaan yang diraih dalam perniagaan bukanlah satu perkara mudah,” ujarnya.

Sehubungan dari itu, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat selain mendoakan agar urusan wanita berkenaan dipermudahkan kelak.

Moga tabah ya

Patut letak dekat depan

Esok nak gerak waze dulu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen