Gara2 tak bawa sejadah sendiri, ajak kanak2 solat sekali, jemaah dihalau dari solat dalam masjid!

Oleh: Shasha Zack

Sejak pandemik melanda negara kita, solat berjemaah di masjid telah diperketatkan dengan SOP, malahan ramai yang tak berpeluang beribadat di masjid lagi.

Namun sejak 1 April, setelah undang-undang dilonggarkan, ramai yang telah mula menjalankan rutin solat di masjid seperti biasa, namun berbeza dengan satu rungutan yang tular ini.

Masjid dibuka semula, Jakarta, Jordan benar solat Jumaat | Astro Awani

"Terima kasih halau kami tadi..."

Menerusi perkongsian mstar, difahamkan hantaran yang tular di Facebook Segamat Group ini adalah berpunca dari tidak bawa sejadah dan membawa kanak-kanak, hingga jemaah dihalau untuk solat di luar masjid.

"Aku kena halau sebab bawak budak masuk..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan pengalaman pernah dihalau oleh AJK masjid atas alasan tak masuk akal, lupa pakai mask, lupa bawa sejadah malahan bawa kanak-kanak, turut dihalau keluar.

"Rupanya ramai dah terkena dengan masjid ni..."

"Masjid ni dilarang bawak budak2..."

"Aku dah 2 kali kena halau sebab tak bawah sejadah..."

"Pernah sekali pengerusi masjid halau keluar sebab tak bawak sejadah..."

"Dah endemik, tak perlu protokol bagai..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen