Bantai isteri sebab guna duit Bantuan Khas, penjawat awam ditahan polis

Tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung, seorang wanita akhirnya membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya yang dikatakan melakukan khianat serta menggigit lengannya.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar hujung tahun lepas.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek yang juga merupakan penjawat awam diberkas susulan laporan yang dibuat isterinya.

Tak puas hati isteri guna duit bantuan khas

Ujarnya, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan isterinya yang ingin membawa anak mereka bermalam di hotel untuk menenangkan fikiran.

"Berlaku pergelutan di antara mereka sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa dalam kejadian tersebut."

"Suspek juga dilaporan telah memecahkan telefon bimbit isterinya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang ingin menggunakan wang Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk membeli susu anak mereka."

-Ahsmon Bajah-

Pernah tarik laporan sebab desakan

Katanya, kes berkenaan merupakan kes lama berdasarkan laporan polis yang dibuat pada Disember tahun lepas dan Januari tahun ini, namun wanita itu mendakwa dia pernah menarik laporan yang dibuat atas desakan sekeliling.

Bagaimanapun, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen