Kes pukul Padang Jawa, pakcik sedia maafkan tapi nafi lakukan provokasi

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular akan sebuah video memaparkan seorang warga emas dipercayai dibelasah seorang penunggang motorsikal yang dikatakan berlaku di Padang Jawa, Shah Alam.

Susulan itu, warga emas berkenaan yang dikenali sebagai Zainoldin Hussin telah tampil dalam sidang media bagi menjelasakan kejadian sebenar.

Dalam sidang media yang dilakukan sebentar tadi, Zainoldin menafikan akan dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan bahawa beliau menunjukkan isyarat kotor mengakibatkan penunggang motosikal itu memukulnya.

Bukan itu sahaja, Zainoldin juga menyatakan bahawa pihaknya memaafkan pemuda berkenaan namun menyerahkan semua perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

“Saya memohon maaf sekiranya ada silap dan salah. Saya berlapang dada memaafkan beliau,” luahnya.

Apa-apa pun diharapkan perkara ini memberi pengajaran kepada semua pihak, baik yang tua mahupun muda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen