Gambar bercium dengan wanita tular, pendakwah anggap anak sedang diuji

Berada di dalam industri hiburan, sememangnya tidak lari daripada kontroversi.

Berdepan dengan nasib sama, anak kepada pendakwah bebas iaitu Syafi Tee sekali lagi menjadi sebutan netizen selepas videonya bercium dengan seorang wanita tular di media sosial.

 

"Saya dah lakukan yang terbaik"

Bagaimanapun, tuan empunya badan sepertinya lebih memilih untuk berdiam, tetapi tidak pula bapanya, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Bagi Ridhuan, apa yang berlaku  adalah satu ujian yang buat dia dan anaknya yang baru sahaja menceburi industri seni.

"Sedangkan nabi Nuh pun tidak mahu menyelamatkan anaknya, inikan pula diri saya, hamba Allah yang hina. Tetapi saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua enam orang anak saya, selebihnya saya berserah...saya pasrah."

-Ridhuan Tee-

Sering ingatkan jaga diri

Berhubung video yang tular, Ridhuan memberitahu bahawa dia ada mengingatkan anaknya agar pandai membawa diri apabila berada dalam bidang ini.

"Saya tak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri, pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan, namun apakan daya Allah mahu menguji hamba-Nya yang kerdil ini."

-Ridhuan Tee-

"Kehidupan ini adalah ujian"

Pun begitu, dia juga tidak mungkin akan mendiamkan diri atas kontroversi yang menghimpit anak keduanya itu, sebaliknya akan menegur dan perkara sama juga akan dilakukan sekiranya melihat selebriti lain berbuat perkara mungkar.

"Kejadian ini tidak akan menjadikan saya berdiam diri. Sesiapa sahaja yang buat mungkar, akan saya tegur meskipun berada dalam keluarga saya sendiri. Teguran saya tidak hanya kepada artis, tetapi semua orang, tak kira siapa."

"Kehidupan ini adalah ujian. Jangan  kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya."

-Ridhuan Tee-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen