Nasi kandar lauk ayam & telur masin RM32.65? Kedai kata rupanya salah kira - "Dah viral baru call."

Oleh: Shasha Zack

Kebelakangan ini, harga barang-barang yang melambung tinggi mempengaruhi para peniaga untuk turut sama menaikkan harga produk mereka.

Seperti kes yang tular sejak semalam, seorang wanita menyatakan kisahnya di laman Facebook, mengenai nasi kandar nya yang harga kayangan.

"Sebab tax katanya.."

Perkongsian Nurliani di Facebook menunjukkan set nasi kandar yang hanya berlaukkan seketul ayam goreng dan telur masinnya berharga RM32.65!

Lokasi nasi kandar yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu membuatkan netizen terbeliak mata melihat harga kayangan yang semangnya tak masuk akal.

"Harga sebenar RM13.30, Ada kesilapan dari pihak cashier..."

Menerusi update terbaru, difahamkan restoran tersebut telah menelefon semula wanita ini dan menyatakan ada kesalahan pengiraan dari cashier dan harga sebenar cuma RM13.30.

"Sambil makan sambil merenung masa depan..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen bengang dan mencadangkan kepada wanita itu untuk memfaillkan laporan kepada pihak berkuasa. Malahan, menurut netizen, mereka hanya 'takut' kerana isu ini viral, jika tidak pasti ianya akan senyap begitu saja.

"Boleh dapat shellout harga tu..."

"Lauk kayangan agaknya, report..."

"Pinggan dengan gelas boleh bawak balik, included..."

"Kena makan sekali tulang ayam..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen