Layanan ikhlas dari hati, kru kabin dipuji bantu suami isteri buta turun pesawat

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan dua kru kabin AirAisa yang membantu suami isteri kelainan upaya (OKU) hingga meriah perhatian warganet.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Jeff Jaibi memaparka dua kru tersebut membantu pasangan cacat penglihatan yang membawa seorang bayi perempuan setibanya mereka dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

@jeffjaibi Service from the heart 🙏❤ #oku #airasiacabincrew #itsinourblood ♬ suara asli - Debora Hehanussa - Bora&Angel

Berkongsi perkara itu, salah seorang kru, Mohamad Fazren Bahudin, 29 menyatakan bahawa dia tidak menyedari aksinya dirakam.

“Pasangan OKU itu menaiki pesawat bersama anak perempuan mereka. Sejujurnya saya rasa sayu tengok mereka sebelum pesawat berlepas lagi.

“Kami memang dah sedar akan kehadiran mereka sejak awal. Tambahan pula kena bagi special seat belt untuk anak mereka yang berusia bawah dua tahun.


“ketika mendarat di Kuala Lumpur, kami tolong mereka untuk keluar dari pesawat pula. Sejujurnya saya tak perasan ada orang rakam video. Tiba-tiba ada kawan maklumkan ia dah viral.

“Rupa-rupanya ada senior yang kongsi ke TikTok. Saya agak terkejut, tapi tak pelik sebab zaman sekarang zaman viral,” luahnya.

Meskipun mendapat pujian daripada majikan mereka Tan Sri Tony Feernandes, Fazren bersama seorang lagi kru, Aida Rahayu Muhd Afandi menyatakan bahawa mereka sememangnya ikhlas membantu pasangan OKU itu.

“Apabila dapat pujian bos, sudah tentu gembia. Tapi sejujurnya, kamu memang ikhlas membantu mereka. Itu memang tugas kami, kami sudah dilatih untuk membantu penumpang termasuk OKU,” kongsi mereka.

Sehubungan itu, rata-rata warganet memuji akan tindakan dua kru berkenaan yang sentiasa membantu insan yang memerlukan.

Tak kira keadaan dan pangkat

Mana-mana ada orang bantu

Terpuji & terbaik

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen