Larikan diri lepas terlibat kemalangan, pemandu Civic hijau tak pulang rumah diburu polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan rakaman video yang memaparkan sebuah kenderaan dipandu dengan laju merempuh kereta lain di Dungu, Terengganu.

@utusantvofficial Lokasi di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Paka | 1 JUN 2022. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ Paris - Else

Susulan itu, polis kini sedang berusaha dengan giat mengesan pemandu Honda Civic hijau yang dipercayai melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian tular itu turut melibatkan sebuah Perodua Viva dan Honda Odyssey.

“Pemandu Honda Civic yang merupakan warga tempatan tidak pulang ke rumah selepas kemalangan,” katanya.

@utusantvofficial Reply to @asfianmahyus . Baru je berlaku, tu polis tengah cari pemandu Civic. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia ♬ Mysterious - Andreas Scherren

Berdasarkan hasil siasatan, pemandu Honda Civic telah memandu dengan tidak cermat sehingga gagal mengawal kenderaan lalu mengakibatkan kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Paka.

“Pemandu Viva cedera ringan dalam kemalangan tersebut,” jelasnya.

Difahamkan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian di minta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Mastika Ab Aziz atau menghubungi Balai Polis Trafik Dungun di talian 09-8482222.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen