Kes ibu hamil 7 bulan ditembak mati - Polis percaya motif pembunuhan adalah cemburu

Oleh: Shasha Zack

Kematian tragis seorang wanita yang hamil 7 bulan akibat ditembak kemungkinan berpunca dari cemburu, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, seorang lelaki,40, telah ditahan susulan suspek mempunyai hubungan dengan mangsa bagi membantu siasatan.

"Ada beberapa kemungkinan motif kejadian dan salah satunya cemburu, polis akan siasat secara menyeluruh dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi.

"Suspek yang ditahan direman lima hari bermula hari ini sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut." 

Wanita hamil 7 bulan mati ditembak di perut dekat Pasir Mas - Berita |  Majoriti

 

Ada dua kemungkinan, mungkin ditembak di lokasi penemuan mayat atau...

Tambah Muhamad Zaki, pihak polis masih menyiasat sama ada mangsa ditembak di lokasi penemuan mayat atau di lokasi lain.

"Ada dua kemungkinan, (pertama) mangsa ditembak di tempat lain kemudian memandu sehingga ke lokasi penemuan mayat, atau mangsa ditembak di lokasi berkenaan."

"Polis percaya suspek menggunakan pistol separa automatik .38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru. Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian sejauh 15 kilometer sahaja." 

Untuk rekod, mangsa Emirah Mazlan, 26, ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan, kira-kira jam 4 petang.

Wanita maut ditembak di perut merupakan ibu tunggal 3 anak - Malakat Tribune

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen