"Keputusan yang berpihak pada Johny buat mangsa keganasan rumahtangga takut..." - Amber sindir Johny

Oleh: Shasha Zack

Menurut Kosmo, Amber Heard telah menyindir kenyataan Johny Depp berhubung satu video yang dimuat naik oleh pelakon berkenaan di laman Tiktok rasminya.

"Keputusan yang berpihak kepada Johnny buat mangsa keganasan rumah tangga adalah untuk hidup ketakutan..."

Kata jurucakap yang mewakili Amber Heard, debut Tiktok Johny Depp yang menyampaikan mesej untuk 'bergerak ke hadapan' telah disindir oleh Amber berhubung kemenangannya dikaitkan dengan ketakutan mangsa keganasan rumah tangga...

“Seperti yang Johnny katakan, dia akan bergerak ke hadapan sedangkan realitinya, ia menolak hak wanita ke belakang."

“Mesej keputusan yang berpihak kepada Johnny buat mangsa keganasan rumah tangga adalah untuk hidup ketakutan dan tidak berhak bersuara selamanya.” 

Johnny Depp Trial Live: Latest developments from defamation battle with  Amber Heard | Marca

Johny Depp raih 8.1 million followers

Dalam pada itu, Johny telah mengesahkan pembukaan akaun media sosial Tiktoknya dan mendedikasikan penghargaan tak terhingga buat peminat yang menyokongnya sepanjang perbicaraan fitnah Johny-Amber yang berlangsung selama 6 minggu.

Pelakon yang sudah mengumpul lebih 8 juta pengikut di platform media sosial itu berkongsi video di mana dia dilihat menyapa peminat serta membuat persembahan di atas pentas dengan sebuah gitar di tangan.

 

@johnnydepp

To all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD

♬ Stranger - Love Joys

 

“Kita telah berjalan di jalan yang sama, bersama-sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama-sama semuanya kerana anda mengambil berat mengenai saya."

“Kini kita semua akan bergerak ke hadapan bersama-sama dan seperti biasa, saya hanya mampu mengucapakan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Salam sayang dan hormat dari saya, JD.” 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen