Janda muda tolak pinangan, lelaki balas dendam, bunuh anak 'girlfriend', cekik sampai mati

Oleh: Shasha Zack

Gara-gara cinta ditolak, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad membunuh kanak-kanak 5 tahun dengan cara mencekiknya sehingga mati, lapor Tribunnews.

Kejadian yang berlaku di Daerah Bungo, Jambi, Indonesia itu berpunca daripada ibu kepada mangsa yang merupakan seorang janda menolak cintanya.

Rumah kontrakan di Kampung Bubulak, RT 03/04, Desa Bojongkulur, Kecamatan Gunungputri, Kabupaten Bogor dipasang garis polisi oleh petugas

Pancing nak ajak beli mercun, sekali diajak pergi hotel...

Difahamkan, mangsa pada awalnya 'dipancing' lelaki tersebut untuk sama-sama membeli mercun, dan terus mengikuti suspek kerana tidak menghidu niat jahatnya.

Malang tak berbau, mangsa telah dibawa ke hotel dan dibunuh dengan kejam di sana.

“Suspek bukannya nak belanja mercun kepada mangsa sebaliknya membawa mangsa ke hotel. Di hotel itulah suspek membunuh mangsa dengan cara mencekik lehernya,”

-Ketua Polis Bungo, AKBP Guntur Saputro.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam pada badan dan leher mangsa. Selepas membunuh mangsa, suspek kemudiannya meminum racun tikus dengan niat untuk mengakhiri hidupnya.

Remaja Perempuan Dicekik, Dipukul, Digigit - Semasa | mStar

Suspek serah diri, sebab gagal mati

Walaubagaimanapun, rancangan suspek untuk mati gagal dan dia akhirnya menyerahkan diri kepada pihak polis.

Suspek difahamkan telah ditahan dengan beberapa bahan bukti seperti kunci bilik hotel bernombor 10, sehelai baju mangsa, satu unit cadar, dua bantal, satu unit motosikal Honda Beat berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran dan sepasang sandal mangsa.

 

Motif kejadian disebabkan suspek sering gagal dalam percintaan dan tidak pernah berkahwin.

Dia juga telah berhabis banyak duit untuk wanita tersebut namun ketika menyatakan hasrat untuk berkahwin, malangnya wanita tersebut menolak mentah-mentah.

Dek kerana trauma dan berprasangka wanita berkenaan mempunyai hubungan sulit, suspek nekad membunuh anak teman wanitanya.

Percaya Atau Tidak, Lelaki Sebenarnya Lebih Merana Bila Putus Cinta -  Pesona Pengantin

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen