Gaji tak penting, yang utama 'work environment', perkembangan kerjaya - Baru seronok kerja

Oleh: Shasha Zack

Dalam mencari pekerjaan malahan untuk kekal dalam sesebuah syarikat, terdapat beberapa aspek penting yang perlu dititikberatkan.

Bukan hanya bergantung pada gaji semata-mata, malahan persekitaran kerja yang seronok juga salah satu sebab pekerja sentiasa beri yang terbaik dalam tugasnya.

Berdasarkan laman web pengambilan pekerja, thegraduaterecruitment.co.uk., ini 6 aspek yang perlu diberi perhatian:

1. Waktu bekerja 

Ianya penting untuk memastikan kita boleh membahagikan antara masa bekerja dan kehidupan peribadi. Tidak semua syarikat mengamalkan waktu bekerja 8 pagi hingga 5 petang.

Justeru sebagai pekerja, kita harus memahami waktu kerja yang tertulis di dalam kontrak. Bila sudah tahu, susun masa anda sebaik-baiknya dalam bekerja dan menjalani kehidupan peribadi dengan baik.

3 Cara Menentukan Tujuan Bekerja dan Jenis-jenisnya

2. Faedah yang ditawarkan

Faedah lain yang ditawarkan syarikat juga penting dan perlu dipertimbangkan sebelum menandatangani kontrak menerima tawaran bekerja. Ini termasuk elaun percutian, caruman persaraan, insurans, bonus dan penjagaan kesihatan.

Hal ini perlu dipandang serius supaya pekerjaan yang dilaksanakan oleh kita beroleh keuntungan buat kedua belah pihak.

Baik buruk tak masuk pejabat

3. 'Environment' bekerja dalam syarikat

'Environment' bekerja dalam sesebuah syarikat sangat penting dan memberi impak besar kepada keseronokan kehidupan bekerja anda.

Adalah baiknya, anda mendapatkan maklumat daripada pekerja yang sedang bekerja di syarikat tersebut dan begitu juga yang pernah bertugas di situ mengenai cara layanan syarikat kepada mereka.

4. Rakan kerja & organisasi dalam syarikat

Perkara ini sangat penting kerana ianya mempengaruhi hasil kerja dan juga 'mood' bekerja anda setiap hari.

Ternyata Ini Hari dan Waktu Anda Paling Produktif Bekerja di Kantor -  Citizen6 Liputan6.com

5. Kestabilan syarikat

Kestabilan syarikat penting sebelum anda memberi sebarang komitmen rasmi kepada syarikat itu. Adakah syarikat itu stabil dan berkembang atau berisiko memberhentikan pekerja pada masa akan datang?

6. Peluang untuk perkembangan kerjaya

Perkembangan kerjaya sangat penting untuk memberi exposure yang tinggi dalam pembinaan kerjaya anda. Justeru, haruslah bertanya dahulu ketika dalam sesi temuduga untuk memberi gambaran bahawa anda merupakan seorang pekerja yang omited dan berdedikasi.

Pertanyaan tersebut juga memberikan gambaran yang jelas tentang potensi masa depan kerjaya anda bersama syarikat itu.

İş Dünyasındaki 8 Eşsiz Japon Geleneği | Asialogy

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen