Tak pernah berjauhan keluarga , pengantin lelaki menangis ditinggal rumah mentua

Oleh: Zuzu Yasmine

Jarang sekali kita melihat pengantin lelaki menitiskan air ketika majlis persandingan bahkan selalunya pengantin perempuan sahaja yang menangis apabila ditinggalkan keluarganya selepas semuanya selesai.

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku pada seorang pengantin lelaki ini apabilka dilihat menangis saat ditinggalkan keluarga.

Pengantin lelaki menangis.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Ayish_AdDari ini memaparkan pengantin lelaki dikenali sebagai Mohamad Shukery Ramli mengesatkan air mata apabila keluarganya bergerak pulang dari majlis perkahwinannya di belah isteri pada 5 Jun lalu.

@ayish_addari serius sedih kena tinggai.....#fypシ #pengantinviral ♬ Bismillah Cinta - UNGU & Lesti

Pemuda berusia 28 tahun itu berkata, mulanya keadaan tenang tanpa drama air mata selepas dinikahkan dengan pasangannya, Nurul Husna Abdul Halim.

“Masa hari pernikahan saya okay je, tak menangis pun. Selepas nikah, adik beradik ada bergurau ‘hang tu nak kahwin jangan dok teriak (menangis)’. Saya katakan tak.


“Tapi keesokan harinya apabila keluarga nak balik ke rumah di Perak selepa majlis sanding, saya dah tak boleh tahan masa bersalaman tu. Saya terus menangis,” katanya.

Mesra dengan panggilan Ayyie, perasaan sebak itu mencul kerana itu pengalaman pertama dia berjauhan dengan keluarga selepas bergelar suami orang.

“Masa famili nak balik sambil lambai-lambai tu, saya rasa macam kena tinggal sebab mereka nak balik ke Perak. Bagi saya jauh walaupun Kedah dan perak bersebelahan je.

“Dulu saya bersekolah asrama di Batu Kurau, belajar di universiti di Kuala Kangsar dan kerja pun di Bagan Serai. Semua dalam Perak.

“Apabila berbeza negeri ni, saya rasa jauh sangat. Perasaan kali ini memang lain walaupun pernah je bercuti ke luar negara,” ujarnya.

Anak bongsu daripada empat orang adik beradik ini juga mengakui personalitinya yang sensitif selain begitu rapat dengan keluarag membuatkan air matanya mudah mengalir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen