Tawar inap desa ‘ghaib’, suami isteri penganggur ditahan polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Disyaki menjadi dalang kes penipuan inap desa, sepasang suami isteri ditahan polis di Jalan Pasir Panjang.

Memetik laporan Kosmo, suspek merupakan lelaki berusia 27 tahun manakala isterinya berumur tahun yang kedua-duanya merupakan penganggur telah diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Dungun pada pukul 10.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, serbuan tersebut turut merampas telefon bimbit, kad sim, kad mikro dan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik suspek.

“Sebelum ini, polis telah menerima aduan daripada mangsa berhubung penipuan inap desa tidak wujud yang disyaki didalangi kedua-dua pasangan suami isteri itu pada 3 Jun lalu.

“Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari sehingga 12 Jun ini (Ahad) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, seorang mangsa yang merupakan pelancong mendakwa kerugian RM221.50 setelah inap desa yang ditempahnya daripada pasangan suami isteri itu sebenarnya tidak wujud.

Terdahulu, dia yang membuat pembayaran bagi tempahan sebuah inap desa yang dikatakan terletak di Jalan Pasir Panjang di sini kepada suspek menerusi pembankan online.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen