Sibuk kerja ketika makan, influencer terkenal Thailand meninggal dunia tercekik kebab khinzir

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang influencer dan model dari Thailand, Arisara Karbdecho dilaporkan meninggal dunia selepas tiga bulan dalam koma akibat tercekik makanan.

Menurut laporan Daily Star, wanita berusia 27 tahun itu telah menerima rawatan di sebuah hospital sejak Mac lalu selepas tercekik kebab daging khinzir dan pulut ketika menjalani sesi photoshoot.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Alicebambam (@alicebambam)

Ibunya, Supicha, memaklumkan bahawa mereka sekeluarga sedih dengan pemergian itu namun menerima takdir dengan hati yang terbuka.

“Dia sentiasa sibuk, dia berkejar untuk makan kebab daging khinzir dengan pulut ketika sedang bekerja, kemudian ketulan daging terlekat dalam tekaknya.

“Dia dibawa ke hodpital, tapi doktor kata terlewat sembilan minit,” ujarnya.

Selain ahli keluarga, rakan-rakan dan peminatnya juga sedih dengan pemergian influencer tersebut yang disifatkan masih terlalu muda untuk dia ‘pergi’.

“Kami terkejut apabila kejadian itu. Dia masih muda dan cantik. Saya sedih dia telah pergi selama-lamanya,” ujar rakannya.

Sepanjang menerima rawatan di hospital, Arisara hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia pada tengah hari 6 Jun lalu.

Wanita berkenaan bukan sahaja terkenal dengan berpakaian seksi, namun menjadi popular kerana tampil memakai kostum cosplay dengan pelbagai watak anime selain turut aktif dalam permainan video.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen