Justin Bieber lumpur sebelah wajah, konsert di Malaysia bakal ditangguhkan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Keterujaan peminat bertukar kebimbangan apabila penyanyi terkenal Hollywood  memuat naik video yang memaparkan wajahnya lumpur separuh dipercayai akibat serangan virus dikenali sebagai Ramsay Hunt.

Penyanyi berusia 28 tahun itu menerusi Instagram turut berkongsi video tiga minit menjelaskan diagnosis yang menyebabkan kelumpuhan pada wajah.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan lumpuh sebelah muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt adalah sementara, bagaimanapun, boleh menjadi kekal.

Berikut masalah tersebut, dia terpaksa menghentikan konsert jelajah Justice World Tour di lokasi pertama di Toronto, Kanada beberapa jam sebelum berlangsung.

“Virus ini menyerang saraf telinga dan muka saya sehingga menyebabkan separuh muka menjadi lumpuh.

“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak dapat berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya yang ini.


“Lubang hidung juga tidak akan bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.

“Jadi bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan persembahan seterusnya, secara fizikal, saya tidak mampu melakukannya,” katanya memohon maaf.

Perkongsian Bieber membuatkan ramai peminat, terutama di Malaysia mula berasa bimbang sekiranya konsert di Kuala Lumpur pada Oktober depan turut terjejas.

Terdahulu, tiket konsert Bieber iaitu Justice World Tour yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negara pada 22 Oktober depan habis terjual dalam masa tiga jam sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen