"Kadang2 sikap pelanggan cakap lepas, buat peniaga naik hantu.." - Anak 'owner' asam pedas minta maaf

Oleh: Shasha Zack

'Perang mulut' antara pelanggan dan peniaga di sebuah restoran popular di Melaka terus hangat diperkatakan orang ramai susulan tularnya video seorang wanita yang dimaki oleh peniaga berkenaan.

Rentetan itu, pemilik Restoran 35, Bandar Hilir itu tampil memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Kami akan perbaiki, elak ulang pada masa akan datang..."

Menurut mStar, anak pemilik, Nur Adila Baharom mewakili keluarganya dan memohon maaf atas segala kekocohan yang berlaku tempoh hari.

"Saya mohon maaf jika ada tinggikan suara pada pelanggan. Kami akan perbaiki masalah dan kesilapan bagi mengelakkan perkara sama berlaku lagi."

"Sama ada pelanggan tetap atau baru, ataupun yang belum pernah datang, mereka ada pilihan nak datang lagi atau tidak selepas ni."

"Kalau rasa tak sesuai, kami tak paksa, itu hak mereka sebagai pelanggan."

"Saya tahu customer is always right, tapi tak bermakna diorang boleh cakap sesuka hati..."

Tambah Adila, terkadang perkara sebegini berlaku disebabkan sikap sesetengah pelanggan itu sendiri yang memulakan kekecohan.

"Saya tahu prinsip customer is always right, tapi tak bermakna seseorang tu boleh bercakap sesuka hati."

"Kadang2 sikap segelintir pelanggan yang tak sedap didengar tu yang buat peniaga boleh naik hantu."

WhatsApp-Image-2022-06-11-at-3

"Kami tak akan tutup kedai, jangan buat judgement tanpa usul periksa..."

Adila turut berharap orang ramai yang tidak berada di tempat kejadian, berhenti membuat sebarang spekulasi.

"Jangan buat judgement tanpa usul periksa. Ada yang gesa kami tutup kedai. Kami tak akan tutup tapi akan perbaiki masalah di masa akan dtaang."

"Saya berharap pelanggan tu juga berhenti mengeluarkan kata-kata yang tak baik pada kami. Usahlah tutup periuk nasi orang."

Video yang tular

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen