"Tak adil kepada keluarga yang tanggung sengsara." - Bapa arwah Zulfarhan bantah mati mandatori dimansuhkan

Oleh: Shasha Zack

Bapa arwah Zulfarhan Osman yang merupakan Pegawai Kadet Laut UPNM membantah langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.

Menurut Harian Metro, Zulkarnain Idros, 57, berkata langkah memansuhkan hukuman mati mandatori itu dibimbangi akan menyebabkan peningkatan kes kesalahan serius.

Zulkarnain turut menegaskan, hukuman penjara sahaja tidak sesuai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tidak mengulangi jenayah beat yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya memang tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori. Langkah itu dibimbangi akan menyebabkan kes pengedaran dadah dan bunuh akan meningkat di negara kita."

"Lihatlah sahaja kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ini hukumannya mati mandatori dikuatkuasa pun kes pengedaran dadah masih tinggi. Bayangkan nanti apabila hukumam mati dimansuhkan pula."

Bapa Zulfarhan menangis, sujud syukur keputusan mahkamah

"Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara..."

"Begitu juga kesalahan jenayah membabitkan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Apakah keadilan atau hukuman wajar lain bagi mereka yang didapati bersalah membunuh. Adakah hanya penjara seumur hidup sahaja."

"Saya tahu hukuman mati itu masih wujud dengan hakim mempunyai pilihan lain mengikut budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah, namun adakah jika sudah sah bersalah membunuh orang tetapi hukuman selain mati mandatori pula diberikan. Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara." 

Kes bunuh Zulfarhan: 3 tertuduh nampak Zulfarhan dikelilingi lebih 20 orang

"Ia wajar ditentukan secara majoriti rakyat..."

Zulkarnain adalah bapa kepada Zulfarhan yang meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 akibat didera sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi awam.

Tambah beliau, kerajaan seharusnya melakukan undian terbuka yang membabitkan rakyat jika sesuatu polisi besar lebih-lebih lagi pemansuhan hukuman mati mandatori

"Ia membabitkan kehidupan rakyat negara ini. Saya berpendapat ia wajar ditentukan majoriti rakyat,bukan hanya sekumpulan pihak sahaja yang mungkin ada kepentingan lain".

Jumaat lalu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Zulfarhan dinasihatkan ke hospital - Saksi

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen