2 bulan mintak belikan motosikal, suami bengang permintaan tak dilayan, jerut leher isteri sampai mati

Oleh: Shasha Zack

Cuma kerana tidak memenuhi keinginan suami, seorang isteri akhirnya mati di tangan seorang lelaki yang disangka pelindungnya.

Kejadian yang berlaku di Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu, Indonesia itu meragut nyawa isteri yang berumur 31 tahun kerana geram.

 

Lelaki serah diri kepada polis India selepas penggal, buang kepala isteri |  Astro Awani

Dah 2 bulan mintak, tapi isteri tak tunaikan

Menurut Tribunnews, KO,30 (suami) akui malu kerana tidak memiliki motosikal dan bertindak meminta isterinya untuk membelikan sejak 2 bulan lalu.

“Saya ada hutang juga yang mahu dibayarkan, saya bermain kutu untuk membeli motor tapi saya menunggak untuk membayarnya.” 

Walau bagaimanapun, berdasarkan pengakuannya, dia hanya memiliki hutang sebanyak RM 150 (Rp 500 ribu) sahaja.

 

Namun, dia meminta wang sebanyak RM 750 (Rp 2.5 juta) daripada isterinya untuk membeli motosikal.

Sementara itu, pihak polis menjumpai ‘bong’ yang merupakan alat menghisap syabu ketika menggeledah rumahnya.

KO mengaku alat itu bukan miliknya kerana rumahnya kerap dijadikan markas untuk bermain judi. Berdasarkan hasil ujian air kencing yang dilakukan, KO didapati negatif dadah.

tak dibelikan motosikal

Ambil wayar elektrik, jerut leher isteri

Menurut Iptu Deny Fita Mukhtar (Ketua Operasi Kajian dan Jenayah Balai Polis Rejang Lebong) difahamkan mangsa dan suaminya sering bergaduh hingga mangsa tertekan.

Kemudian, dia mengambil wayar elektrik dan melilit lehernya sendiri sambil berkata ‘daripada saya makan hati, lebih baik bunuh diri’.

Marah dengan ugutan isteri, KO lalu menyentak wayar tersebut dengan kuat hingga isterinya akhirnya meninggal dunia.

“Mangsa kemudiannya jatuh terduduk dalam keadaan tidak bernafas”

Terkesima dengan apa yang berlaku, KO melarikan diri dengan melompat keluar dari tingkap rumah namun tak lama kemudian menyerahkan dirinya kepada pihak polis.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen