Kahwin orang Malaysia, 'Mat Bangla' tetap semangat bersorak dicelah penyokong Harimau Malaya

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas 43 tahun menunggu, akhirnya Skuad Harimau Malaya berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1 malam tadi.

Pelbagai gelagat dapat disaksikan ketika perlawanan tersebut berlangsung terutama, penyokong-penyokong yang begitu bersemangat mahukan pasukan mereka memang.

Malah warganegara Bangladesh yang menetap dan bekerja di Malaysia turut turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyokong pasukan mereka.

Bersorak dicelah penyokong Malaysia.

Hal yang sama seperti dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Hqiemmmm ini apabila memaparkan seorang penyokong negara itu dicelah-celah penyokong Harimau Malaya.

Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat lelaki berkenaan begitu bersemangat menyokong pasukannya sambil mengibarkan bendera.

@hqiemmmm Lepas tu kena kerumun dgn orang melaysia 🀣🀣 kesian anak bini eh #malaysiavsbangladesh #fyp ♬ bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT

Isteri orang Malaysia rupanya.

Rupanya, lelaki berkenaan berkahwin dengan orang Malaysia membuatkan dia terpaksa menyelit di tengah-tengah penyokong Malaysia.

Menerusi video yang lain pula, dapat dilihat lelaki berkenaan duduk di sisi isteri dan anaknya yang turut serta menonton perlawanan tersebut.

@hqiemmmm Reply to @piahhhh_2 yang berdiri tu lalang bangladesh πŸ™ŒπŸΌπŸ˜‚πŸ€£ #malaysiavsbangladesh #fyp #afc ♬ Panik Gak - DJ Cantik

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan. Malah, mereka juga berseloroh bahawa lelaki berkenaan terpaksa dengar cakap isteri semata-mata mahu menonton bola.

Sorang2 pun jadi

Nak tengok bola punya pasal

Takut kena tidur luar

Semangat betul sorakkan dia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen