Nak panggil 'coach' tapi lupa nama, penyokong gigih jerit nama makanan Korea harap Pan Gon dengar

Semalam, Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi 'bergegar' selepas pasukan Harimau Malaya berjaya menumpaskan Bangladesh dengan jumlah jaringan 4-1.

Selain bangga dengan pencapaian skuad negara, penyokong juga berterima kasih kepada jurulatihnya, Kim Pan Gon yang tidak pernah putus memberikan yang terbaik buat mereka selama ini.

Gigih nak panggil Kim Pan Gon

Berkongsi 'moment' sewaktu di stadium, hantaran piqaady menjadi perhatian warganet susulan melihat kegigihan barisan penyokong menjerit memanggil jurulatih dari Korea Selatan itu.

 

@piqaady #harimaumalaya #kimpangon #ultrasmalaya #demimalaysia #ekorharimausejati🐯 #stadiumbukitjalil ♬ original sound - piqaady

 

Bagaimanapun, keterujaan mereka bertukar insiden melucukan bilamana masing-masing terlupa nama Kim Pan Gon.

Disebabkan itu, kedengaran 'bunyi' suara-suara orang ramai memanggilnya dengan menyebut perkataan Korea yang diketahui termasuk nama makanan terkenal di sana.

"Nasib baik tak ada kimchi"

Meninjau ke ruangan komen, ramai mentertawakan gelagat mereka berbuat demikian, namun tumpang seronok melihat kemeriahan penyokong meraikan kemenangan malam itu.

"Umur dah tua panggil ahjusi..."

"Asal berkaitan jadi lah"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen