Tunduk hormat buat ramai terharu, Kim Pan Gon terima jutaan ucapan terima kasih dari penyokong

Oleh: Zuzu Yasmine

Teruja dan terharu pasti sangat dirasai oleh rakyat Malaysia selepas berjaya mengalahkan Bangladesh 4-1 dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 kumpulan E di Stadiumn Bukit Jalil malam tadi.

Perkara tersebut bukan sahaja dirasai oleh penyokong Harimau Malay sahaja namun turut dirasai oleh permain yang berhempas pulas selama 90 minit di atas padang.

Turut tidak ketinggalan adalah jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang pastinya berbangga meihat kejayaan anak buahnya.

Tunduk hormat dari jurulatih.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai AnakAntooJalanan memaparkan momen Kim Pan Gon bergerak menujiu ke Ultras Malaya serta penyokong bolasepak negara selepas perlawanan membuat ramai terharu.

@anakantoojalanan #stadiumbukitjalil #ultrasmalaya #harimaumalaya #kimpangon #astroarena #astroarenamalaysia #shukoradan #safeesali #hafizalhamad #malaysia #demimalaysia @Astro Arena ♬ Ale Ale Ayuh Ayuh Malaysiaku - Ultras Sound

Beliau yang berasal dari Korea Selatan telah tunduk memberi hormat mengucapkan ribuan terima kasih kepada 12 pemain itu.

Bagaimanapun suasana bertambah meriah apabila Kim menjulang baju yang tertulis “Dari Korea untuk Malaysia” dan pastinya membuatkan seluruh stadium berasa bangga kerana dibawah bimbingannya, pasukan negara berjaya melangkah ke Piala Asia 2023.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Team Malaysia (@teammsia)

Bukan itu sahaja, ucapan terima kasih juga tidak henti-henti diberikan kepadanya seperti yang dimuat naik di media sosial Team Malaysia. Terlihat Kim bergenang air mata apabila pasukan yang dibimbingnya sejak awal tahun ini meraih kemenangan.

Apa-apa pun semoga maju jaya untuk pasukan Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen