“PEJA JGN SAP GAM.” – Kena perli depan2 di tengah stadium, Faizal Azumu dipuji berlapang dada

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum kejayaan skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 selepas menewasakan Bangladesh 4-1 malam tadi, pelbagai kontroversi melanda skuad berkenaan terutama berkaitan kekalahan selepas menentang Bahrain Sabtu lalu.

Perkara tersebut menjadi perbualan ramai hingga mencetuskan kemarahan segelintir penyokong Harimau Malaya akan beberapa kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kena perli Ultras Malaya.

Susulan dari kejadian tersebut, penyokong bola sepak negara, Ultras Malaya telah membentang satu banner ketika di Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan menentang Bangladesh malam tadi.

“PEJA JGN SAP GAM”

Bagaimanapun, perkara itu disambut baik oleh Ahli Parlimen Tambun itu dengan mendakwa bahawa ‘kata-kata’ itu merupakan nasihat yang baik buat dirinya.

“Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita,” tulisnya di laman Twitter.

Sehubungan dari itu, rata-rata warganet memuji akan tindakan menteri berkenaan yang terbuka menerima teguran. Malah, mereka juga berharap agar tidak mengulangi kesilapan sama.

Steady YB!

Fikir dulu sebelum berkata-kata

Dekat rumah pun bersorak YB

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen