Didenda RM45,000, GSC didakwa jual air mineral & keropok kentang dengan harga mahal

Oleh: Zuzu Yasmine

Didapati melakukan kesalahan mencatut atau menjual barang dengan harga tinggi, sebuah syarikat pawagam dikenali sebagai Golden Screen Cinema Sdn.Bhd (GSC) didenda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato.

GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Hakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan.

“Setelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,” katanya.

Tambah Norena, mengikut pertuduhan, GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir di sini.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan kali pertama dan kesalahan dilakukan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.

“Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi, Keh Shu Min dan dibantu oleh Pegawai Pendakwa Sallim Wahid, manakala tertuduh diwakili peguam Joshua Teoh Beni Chris dan Desmond Liew Zhi Hong,” ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen