Bangga dengan kemenangan Malaysia, Faizal Azumu yakin sorakan penyokong 'berhasil'

Kemenangan yang berjaya dicapai Skuad Bola Sepak Negara menentang Bangladesh, semalam sekaligus telah menamatkan penantian selama 42 tahun untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

"Syabas Skuad Harimau Malaya"

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan kejayaan pasukan Harimau Malaya merupakan satu sejarah bermakna buat Malaysia.

"Alhamdulillah! Syabas Skuad Harimau Malaya berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1 malam tadi."

"Kejayaan ini cukup bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia. Teruskan fokus dan usaha untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan."

-Faizal Azumu-

Sorakan penyokong 'tiup' semangat

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih di atas sokongan padu daripada barisan penyokong kepada Skuad Negara selain akui akan kemeriahan sorakan tanpa henti yang bergema di Stadium Bukit Jalil.

"Terima kasih pemain ke-12! Kehadiran para penyokong memberikan sokongan padu kepada Skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil cukup jelas memberi impak dalam menyuntik semangat kepada pemain-pemain negara."

"Sorakan tanpa henti Ultras Malaya memeriahkan suasana di stadium dan telah berjaya meniup semangat para pemain untuk beraksi denbgan cemerlang! Teruskan sokongan padu anda."

-Faizal Azumu-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen