Mulai hari ini, pengangkutan RapidKL tawar tambang percuma selama sebulan

Oleh: Zuzu Yasmine

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian RapidKL iaitu Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel dan bas RapidKL ditawarkan secara percuma kepada Keluarga Malaysia selama sebulan, mulai hari ini.

Perkara itu bersempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu yang turut bermula hari ini.

Menurutnya, pemberian perkhidmatan percuma itu diharap dapat meringankan beban kos sara rakyat.

"Ramai yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, jadi perkhidmatan percuma semua pengangkutan kendalian RapidKL boleh membantu meringankan beban.


"Pemberian perkhidmatan percuma ini diberikan selama sebulan mulai hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, di sini, hari ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen